RISAUNYA KULIT SEMAKIN BERUBAH!
Apabila usia semakin meningkat, kulit juga akan berubah. Jadi penjagaan kulit juga harus berubah mengikut keadaan kulit. Perasan tak dengan meningkatnya usia, keanjalan kulit semakin berkurang dan garis halus mula kelihatan.
Rutin penjagaan juga semakin kurang berkesan. Jika ini terjadi, kena ubah tau rutin penjagaan kulit tu.
20-an
Pada usia ini kulit belum menunjukkan tanda-tanda penuaan. Jadi penjagaan kulit adalah asas sahaja. Paling penting adalah sentiasa menggunakan SPF supaya dapat menjaga kulit dalam masa jangka panjang. Guna SPF setiap hari walaupon di dalam rumah.
Walaupon tiada jerawat adalah disarankan untuk menggunakan serum yang berasaskan AHA/BHA atau retinol.
30-an
Tanda-tanda penuaan akan mula kelihatan pada usia ini. Garis-garis halus akan mula kelihatan, pipi akan kurang keanjalan dan pigmentasi mula kelihatan akibat kerosakan matahari. Sistem pembaik pulih kulit akan berkurang dan kulit akan kelihatan kusam. Kolagen semakin kurang dan kulit akan kelihatan kendur.
Adalah sangat digalakkan untuk menggunakan produk berasaskan retinol dan juga peptide untuk mengurangkan kesan garis halus. Produk yang berasaskan vitamin C juga sangat membantu untuk memperbaiki kesan kerosakan matahari.
40-an
Di sinilah kesan ketara pada kulit akan kelihatan terutamanya kesan penuaan dan keanjalan. Kulit akan kelihatan semakin kendur, kedutan lebih ketara dan kesan kerosakan matahari yang teruk menyebabkan melasma.
Kulit akan mengalami banyak perubahan pada usia 40-an digalakkan menggunakan produk yang mengandungi bahan seperti asid hyaluronic, serta krim yang mengandungi gliserin atau ceramide.
Nak tahu tak serum blessy juga dapat membantu semua masalah kulit ni tau. Pilih serum yang sesuai dengan masalah kulit anda tau.