KENAPA JERAWAT TIBA-TIBA MUNCUL? – blessyproduct

FREE SHIPPING for purchase over RM70

KENAPA JERAWAT TIBA-TIBA MUNCUL?

Ada tak apa-apa perubahan yang dilakukan yang diluar rutin harian? Banyak faktor yang boleh menyebabkan jerawat ini tiba-tiba muncul. Kadang-kadang sedikit perubahan dalam aktiviti harian pon boleh mengaktifkan jerawat.

Tahu tak peralatan make-up yang tak bersih boleh menjadi tempat bakteria singgah. Seminggu sekali cuba amalkan untuk bersihkan peralatan. Basuh menggunakan pencuci alat makeup adalah disarankan.

Selain peralatan makeup, produk makeup juga mampu membuatkan jerawat tiba-tiba muncul. Produk makeup yang tak sesuai dengan kulit akan menyebabkan iritasi dan juga jerawat. Pilih produk makeup yang sesuai dengan jenis kulit. 

Jangan lupa untuk tukar sarung bantal jugak. Sarung bantal merupakan tempat berkumpul minyak, kotoran dan peluh yang datang dari leher dan rambut. Ini menyebabkan jerawat muncul dengan mudah. Jadi mangan lupa untuk cuci sarung bantal seminggu sekali tau.